Sabtu, 26 Julai 2014

Macam mana nak jadi kaya

Mesti ramai yang terfikir nak jadi kaya kan? Kalau korang pernah terfikir, apa kata ramai-ramai pakat cuba cara-cara yang kat bawah ni.

1. Kahwin dengan orang kaya/jutawan..nanti duk kat rumah goyang kaki je.

2. Simpan sekurang-kurangnya 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan dari duit gaji..jangan simpan dalam poket, simpan dekat bank. Pastikan korang ada dua bank. Satu bank untuk gaji masuk dan satu lagi untuk simpan.   


3. Labur duit di Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) untuk dapat dividen. Selain ASB, pelaburan dalam emas dan hartanah juga boleh bagi keuntungan yang tinggi. 

4. Minta sedekah, kalau korang tak malulah..hehe. Ada kes orang menyamar jadi peminta sedekah dan hasil yang diperolehi sampai 4k ke atas dalam masa sehari. 

5. Buat kerja part time, kisahlah nak jual burger ke, baju atau pun bukak kedai makan..sekurang-kurangnya masuk jugak side income. Yang malas nak keluar rumah, apa kata cari kerja Jobdirumah.com je.

6. Masuk skim cepat kaya, labur RM100 jadi RM100 000. Jangan terpengaruh ye dengan skim macam ni. Skim yang cepat, yang shortcut dan tak payah susah payah ni, banyaknya yang menipu. 

7. Masuk jadi ahli politik, gaji diorang berkali-kali ganda..tu belum kira dengan elaun lagi.


P/S : Kalau korang dah kaya jangan lupa kat aku, kita kan kawan lama :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates