Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni aku nak kongsi cara nak download filem kat internet, kat mana boleh download movie..
Mungkin ada yang tak bersetuju dengan cara download movie dari internet atau beli cd cetak rompak.. hehehe.. tapi percayalah.. aku ada sebab yang sangat kukuh untuk perkara ni.. mungkin kalau nak berborak dengan aku tentang perkara ni, korang boleh je hubungi aku melalui email aku.. (psstt.. ada kat tepi blog aku ni.. cuba cari.. hehe)
Untuk download movie dari internet ni ada banyak cara.. tapi aku lebih selesa mengenalkan cara untuk menggunakan peer to peer punya teknik ( atau kata lainnya torrent ) berbanding dengan cara-cara lain seperti direct download.. sebab direct download selalunya menemui kegagalan berbanding dengan peer to peer.. direct download perlukan korang pengguna yang percuma menunggu lebih lama, dan juga perlukan perhatian korang contohnya untuk tekan download link yang berikutnya setelah 1 jam download.. dan perlu tunggu 1 jam lagi untuk link tu aktif (countdown).. memang ada cara orang gunakan macam restart modem untuk restart ip.. tapi masih perlu kan masa..
hehehe.. dengan torrent ni, memang kadang-kadang makan masa yang lama nak-nak kalau movie tu dah lama gila.. atau kurang popular, dimana kurang orang yang kongsikan.. tapi.. ianya berbaloi untuk segala-galanya.. erm.. ini bagi aku la.. hehehe~
okay.. untuk cara torrent ni.. korang perlukan satu software (client) untuk di-install kat pc korang..
yang aku selalu gunakan adalah utorrent, korang boleh download KAT SINI.. pilih utorrent stable, untuk versi yang stable..
lepas dah download, run file yang korang download untuk install utorrent kat pc korang..
lepas dah install..
pergi lawat website macam
- http://thepiratebay.se/
- http://isohunt.com/
- http://torrent.jiwang.cc/ (malaysia punya)
untuk download torrent file.. kat sini, masa mencari kena berhati-hati, banyakkan mengadaptasi dulu komen, atau file sebelum download.. tengok ada tak orang komen macam "fake" atau "virus", atau komen-komen yang negatif mengenai file tersebut, kalau ada, korang dinasihati supaya cari file yang lain untuk keselamatan..
lepas dah download file torrent tu, double click file tu, nanti dia akan buka dalam utorrent korang..
lepas tu korang hanya perlu tunggu sehingga file habis download..
itu je..
kelajuan download bergantung pada kelajuan internet korang, dan berapa ramai seeders untuk file tersebut.. makin ramai seeders, makin banyak source dikongsi, makin laju korang download.. aku pernah dapat sampai 300++ kbps, sebab file tu popular dan internet yang agak laju waktu tu.. heheh.. so kalau semuanya tiptop file mungkin selesai download kurang dari masa sejam.. kalau tak, mungkin lambat sikit..
sebarang soalan boleh pos kat ruang komen ye.. aku akan cuba jawab.. in-sha-Allah..