Selasa, 29 Julai 2014

Macam mana nak guna monopod


[Continue Reading]

Macam mana nak tahu dia suka kita atau tak

Macam Mana Nak Tahu Lelaki / Perempuan Suka Pada Kita?

Anda ada seorang rakan. Dan anda tiba-tiba menyimpan perasaan padanya. Jatuh hati pada kawan sendiri kadang kala sesuatu yang tidak dapat dielak. Mungkin kerana cara layanannya terhadap anda berbeza dan dia mempunyai ciri-ciri yang diidamkan serta sentiasa ada di samping di saat memerlukan perhatian.

Namun, untuk meluahkan rasa hati mungkin agak sukar kerana bimbang menjejaskan hubungan persahabatan sedia ada dan anda sendiri sarat dengan rasa malu.

Lebih teruk jika luahan hati tiada sambutan kerana dia hanya menganggap anda sebagai rakan biasa. Sedangkan hati anda sentiasa tertanya-tanya, sukakah dia pada anda?

Usah tertanya-tanya lagi, berikut beberapa panduan untuk mengenal pasti sama ada lelaki yang anda idamkan itu mempunyai perasaan yang sama.

Jatuh Cinta Pada Si Dia

Si dia gelisah bila bersama anda

Lelaki yang sukakan seseorang wanita akan berasa gelisah atau sering kali rasa tidak kena dan gelabah apabila berdepan dengan gadis yang dia sukai. Lihatlah ciri-ciri itu, mungkin anda perasan dengan ciri-ciri yang ada pada si dia.

Perhatikan gerak-gerinya

Adakah dia selalu cuba merenung anda? Senyum pada anda? Gemar memandang anda biarpun ketika jauh? Memuji anda atau sering memulakan perbualan dan selalu berdiri berdekatan anda biarpun dia berusaha untuk mengelakkan agar anda tidak terperasan dengan perbuatannya itu.

Sentuhan

Si dia suka menyentuh anda (bukan gangguan seksual) namun perilaku yang sejujurnya. Dia mungkin menepuk lembut bahu anda atau geselan tidak sengaja yang boleh menyemarakkan perasaan anda dan sebagainya. Lelaki yang sukakan anda akan mencari peluang untuk menyentuh anda dengan niat yang baik.

Si dia suka telefon anda

Ini memang terang-terang menunjukkan si dia menyukai anda apabila dia selalu menelefon anda biarpun bertanyakan soalan yang remeh. Kadang kala ketika dia berkata dia terlepas cakap sebenarnya dia suka bercakap dengan anda ataupun dia menipu 'tersalah dail' pada hal dia sebenarnya ingin berbicara dengan anda.

Sanggup berkorban

Si dia berbuat apa sahaja demi anda. Pinjamkan duit, belikan sesuatu untuk anda atau apa sahaja tanpa perlu anda bersusah-payah memikirkan untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan lain.

Cemburu


Ini memang sah si dia sukakan anda apabila dia terasa cemburu ketika anda bercerita mengenai rakan lelaki lain. Ini bermakna dia tidak mahu ada orang lain selain dia dalam hati anda.

Senang memperkenalkan anda kepada rakan atau keluarganya

Si dia tidak akan malu memperkenalkan anda kepada rakan-rakan dan keluarganya, biarpun ketika memperkenalkan itu dia akan menyebut anda sebagai hanya rakan tetapi cara dia memperkenalkan diri anda pasti berlainan dan anda akan tahu kelainan caranya itu.

Suka ambil tahu

Dia sentiasa mengambil tahu mengenai diri anda, keluarga anda , kegemaran anda dan mungkin tarikh hari jadi anda. Itu maknanya dia berminat hendak mengetahui segalanya tentang anda.
[Continue Reading]

Macam mana nak download lagu

memandangkan dah banyak kali aku dihujani dengan pertanyaan dekat mana nak download mp3….macam mana nak download lagu…website apa best untuk download lagu….dan bermacam-macam lagi la yang seangkatan dan sewaktu dengan nya.
so sekarang ni aku decide untuk ajar korang cara-cara paling simple dan mudah untuk download lagu.kalau nak ikutkan ada beribu riban cara mendownload mp3 ni tapi untuk kali ni aku akan bagitau cara yang terbaik…bebudak kecik pun boleh buat r.
kenal pakcik gugel?…reti menaip?…reti mengeja?….kalau reti semua nya korang ikut step-step bawah ni…tapi kalau x reti semua tadi…pergi daftar masuk tadika balik r.
1-mula-mula bukak pakcik gugel…pastu taip tajuk lagu yang korang nak download kemudian dekat hujung dia tambah perkataaan “mp3″..
2-nak lagi advance korang boleh buat ayat gempak sikit contoh macam “ceramah dato’ nik aziz mp3 free download”….haaa kan gempak tu…
3-lepas tu tekan enter yer kawan-kawan…tunggu selama 0.009 saat then akan keluar lah segala link untuk korang download..
4-tup…da siap…download la puas2 sampai lebam ok.
simple dan senang kan…ramai x sedar cara ni sebab yang diorang sibuk dok nak tahu website apa yang boleh download mp3.nak hafal website tu da satu hal da.so guna la cara ni ok.
[Continue Reading]

Macam mana nak download movie



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak kongsi cara nak download filem kat internetkat mana boleh download movie..

Mungkin ada yang tak bersetuju dengan cara download movie dari internet atau beli cd cetak rompak.. hehehe.. tapi percayalah.. aku ada sebab yang sangat kukuh untuk perkara ni.. mungkin kalau nak berborak dengan aku tentang perkara ni, korang boleh je hubungi aku melalui email aku.. (psstt.. ada kat tepi blog aku ni.. cuba cari.. hehe)

Untuk download movie dari internet ni ada banyak cara.. tapi aku lebih selesa mengenalkan cara untuk menggunakan peer to peer punya teknik ( atau kata lainnya torrent ) berbanding dengan cara-cara lain seperti direct download.. sebab direct download selalunya menemui kegagalan berbanding dengan peer to peer.. direct download perlukan korang pengguna yang percuma menunggu lebih lama, dan juga perlukan perhatian korang contohnya untuk tekan download link yang berikutnya setelah 1 jam download.. dan perlu tunggu 1 jam lagi untuk link tu aktif (countdown).. memang ada cara orang gunakan macam restart modem untuk restart ip.. tapi masih perlu kan masa..

hehehe.. dengan torrent ni, memang kadang-kadang makan masa yang lama nak-nak kalau movie tu dah lama gila.. atau kurang popular, dimana kurang orang yang kongsikan.. tapi.. ianya berbaloi untuk segala-galanya.. erm.. ini bagi aku la.. hehehe~

okay.. untuk cara torrent ni.. korang perlukan satu software (client) untuk di-install kat pc korang..

yang aku selalu gunakan adalah utorrent, korang boleh download KAT SINI.. pilih utorrent stable, untuk versi yang stable..

lepas dah download, run file yang korang download untuk install utorrent kat pc korang..

lepas dah install..

pergi lawat website macam

  • http://thepiratebay.se/ 
  • http://isohunt.com/ 
  • http://torrent.jiwang.cc/   (malaysia punya)

untuk download torrent file.. kat sini, masa mencari kena berhati-hati, banyakkan mengadaptasi dulu komen, atau file sebelum download.. tengok ada tak orang komen macam "fake" atau "virus", atau komen-komen yang negatif mengenai file tersebut, kalau ada, korang dinasihati supaya cari file yang lain untuk keselamatan..

lepas dah download file torrent tu, double click file tu, nanti dia akan buka dalam utorrent korang..

lepas tu korang hanya perlu tunggu sehingga file habis download..

itu je..

kelajuan download bergantung pada kelajuan internet korang, dan berapa ramai seeders untuk file tersebut.. makin ramai seeders, makin banyak source dikongsi, makin laju korang download.. aku pernah dapat sampai 300++ kbps, sebab file tu popular dan internet yang agak laju waktu tu.. heheh.. so kalau semuanya tiptop file mungkin selesai download kurang dari masa sejam.. kalau tak, mungkin lambat sikit..

sebarang soalan boleh pos kat ruang komen ye.. aku akan cuba jawab.. in-sha-Allah..
[Continue Reading]

Macam mana nak download running man

Bagi yang tak ada IDM lagi, ini caranya untuk download dan install IDM.

1. Pergi ke website www.internetdownloadmanager.com

2. Then, tekan download. Klik gambar untuk tumbesaran.

3. Lepas tu, tekan Download Internet Download Manager Now.

4.Dah siap download, buka fail download, dan klik fail idm.
dia akan keluar macam ni.

6. Last sekali, tekan run > next > finish. Siap.


Ini pulak cara untuk download Running Man.

1. Pergi ke website video yang korang nak download tu. Yus selalu pergi www.kshownow.net dan gunaVIDEOWEED


2. Kemudian,  tekan download video from this page

3. Lastly, klik start download


Dan..
  
Siap ^^ Tunggu sampai video habis download. ( abaikan wallpaper tu -.-" )

Sekian, semoga berguna :)
[Continue Reading]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates