Selasa, 29 Julai 2014
Macam mana nak tahu dia suka kita atau tak
Macam Mana Nak Tahu Lelaki / Perempuan Suka Pada Kita?
Anda ada seorang rakan. Dan anda tiba-tiba menyimpan perasaan padanya. Jatuh hati pada kawan sendiri kadang kala sesuatu yang tidak dapat dielak. Mungkin kerana cara layanannya terhadap anda berbeza dan dia mempunyai ciri-ciri yang diidamkan serta sentiasa ada di samping di saat memerlukan perhatian.
Namun, untuk meluahkan rasa hati mungkin agak sukar kerana bimbang menjejaskan hubungan persahabatan sedia ada dan anda sendiri sarat dengan rasa malu.
Lebih teruk jika luahan hati tiada sambutan kerana dia hanya menganggap anda sebagai rakan biasa. Sedangkan hati anda sentiasa tertanya-tanya, sukakah dia pada anda?
Usah tertanya-tanya lagi, berikut beberapa panduan untuk mengenal pasti sama ada lelaki yang anda idamkan itu mempunyai perasaan yang sama.
Si dia gelisah bila bersama anda
Lelaki yang sukakan seseorang wanita akan berasa gelisah atau sering kali rasa tidak kena dan gelabah apabila berdepan dengan gadis yang dia sukai. Lihatlah ciri-ciri itu, mungkin anda perasan dengan ciri-ciri yang ada pada si dia.
Perhatikan gerak-gerinya
Adakah dia selalu cuba merenung anda? Senyum pada anda? Gemar memandang anda biarpun ketika jauh? Memuji anda atau sering memulakan perbualan dan selalu berdiri berdekatan anda biarpun dia berusaha untuk mengelakkan agar anda tidak terperasan dengan perbuatannya itu.
Sentuhan
Si dia suka menyentuh anda (bukan gangguan seksual) namun perilaku yang sejujurnya. Dia mungkin menepuk lembut bahu anda atau geselan tidak sengaja yang boleh menyemarakkan perasaan anda dan sebagainya. Lelaki yang sukakan anda akan mencari peluang untuk menyentuh anda dengan niat yang baik.
Si dia suka telefon anda
Ini memang terang-terang menunjukkan si dia menyukai anda apabila dia selalu menelefon anda biarpun bertanyakan soalan yang remeh. Kadang kala ketika dia berkata dia terlepas cakap sebenarnya dia suka bercakap dengan anda ataupun dia menipu 'tersalah dail' pada hal dia sebenarnya ingin berbicara dengan anda.
Sanggup berkorban
Si dia berbuat apa sahaja demi anda. Pinjamkan duit, belikan sesuatu untuk anda atau apa sahaja tanpa perlu anda bersusah-payah memikirkan untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan lain.
Cemburu
Ini memang sah si dia sukakan anda apabila dia terasa cemburu ketika anda bercerita mengenai rakan lelaki lain. Ini bermakna dia tidak mahu ada orang lain selain dia dalam hati anda.
Senang memperkenalkan anda kepada rakan atau keluarganya
Si dia tidak akan malu memperkenalkan anda kepada rakan-rakan dan keluarganya, biarpun ketika memperkenalkan itu dia akan menyebut anda sebagai hanya rakan tetapi cara dia memperkenalkan diri anda pasti berlainan dan anda akan tahu kelainan caranya itu.
Suka ambil tahu
Dia sentiasa mengambil tahu mengenai diri anda, keluarga anda , kegemaran anda dan mungkin tarikh hari jadi anda. Itu maknanya dia berminat hendak mengetahui segalanya tentang anda.
[Continue Reading]

Macam mana nak download lagu
memandangkan dah banyak kali aku dihujani dengan pertanyaan dekat mana nak download mp3….macam mana nak download lagu…website apa best untuk download lagu….dan bermacam-macam lagi la yang seangkatan dan sewaktu dengan nya.
[Continue Reading]
so sekarang ni aku decide untuk ajar korang cara-cara paling simple dan mudah untuk download lagu.kalau nak ikutkan ada beribu riban cara mendownload mp3 ni tapi untuk kali ni aku akan bagitau cara yang terbaik…bebudak kecik pun boleh buat r.
kenal pakcik gugel?…reti menaip?…reti mengeja?….kalau reti semua nya korang ikut step-step bawah ni…tapi kalau x reti semua tadi…pergi daftar masuk tadika balik r.
1-mula-mula bukak pakcik gugel…pastu taip tajuk lagu yang korang nak download kemudian dekat hujung dia tambah perkataaan “mp3″..
2-nak lagi advance korang boleh buat ayat gempak sikit contoh macam “ceramah dato’ nik aziz mp3 free download”….haaa kan gempak tu…
3-lepas tu tekan enter yer kawan-kawan…tunggu selama 0.009 saat then akan keluar lah segala link untuk korang download..
4-tup…da siap…download la puas2 sampai lebam ok.
simple dan senang kan…ramai x sedar cara ni sebab yang diorang sibuk dok nak tahu website apa yang boleh download mp3.nak hafal website tu da satu hal da.so guna la cara ni ok.
Macam mana nak download movie
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni aku nak kongsi cara nak download filem kat internet, kat mana boleh download movie..
Mungkin ada yang tak bersetuju dengan cara download movie dari internet atau beli cd cetak rompak.. hehehe.. tapi percayalah.. aku ada sebab yang sangat kukuh untuk perkara ni.. mungkin kalau nak berborak dengan aku tentang perkara ni, korang boleh je hubungi aku melalui email aku.. (psstt.. ada kat tepi blog aku ni.. cuba cari.. hehe)
Untuk download movie dari internet ni ada banyak cara.. tapi aku lebih selesa mengenalkan cara untuk menggunakan peer to peer punya teknik ( atau kata lainnya torrent ) berbanding dengan cara-cara lain seperti direct download.. sebab direct download selalunya menemui kegagalan berbanding dengan peer to peer.. direct download perlukan korang pengguna yang percuma menunggu lebih lama, dan juga perlukan perhatian korang contohnya untuk tekan download link yang berikutnya setelah 1 jam download.. dan perlu tunggu 1 jam lagi untuk link tu aktif (countdown).. memang ada cara orang gunakan macam restart modem untuk restart ip.. tapi masih perlu kan masa..
hehehe.. dengan torrent ni, memang kadang-kadang makan masa yang lama nak-nak kalau movie tu dah lama gila.. atau kurang popular, dimana kurang orang yang kongsikan.. tapi.. ianya berbaloi untuk segala-galanya.. erm.. ini bagi aku la.. hehehe~
okay.. untuk cara torrent ni.. korang perlukan satu software (client) untuk di-install kat pc korang..
yang aku selalu gunakan adalah utorrent, korang boleh download KAT SINI.. pilih utorrent stable, untuk versi yang stable..
lepas dah download, run file yang korang download untuk install utorrent kat pc korang..
lepas dah install..
pergi lawat website macam
- http://thepiratebay.se/
- http://isohunt.com/
- http://torrent.jiwang.cc/ (malaysia punya)
untuk download torrent file.. kat sini, masa mencari kena berhati-hati, banyakkan mengadaptasi dulu komen, atau file sebelum download.. tengok ada tak orang komen macam "fake" atau "virus", atau komen-komen yang negatif mengenai file tersebut, kalau ada, korang dinasihati supaya cari file yang lain untuk keselamatan..
lepas dah download file torrent tu, double click file tu, nanti dia akan buka dalam utorrent korang..
lepas tu korang hanya perlu tunggu sehingga file habis download..
itu je..
kelajuan download bergantung pada kelajuan internet korang, dan berapa ramai seeders untuk file tersebut.. makin ramai seeders, makin banyak source dikongsi, makin laju korang download.. aku pernah dapat sampai 300++ kbps, sebab file tu popular dan internet yang agak laju waktu tu.. heheh.. so kalau semuanya tiptop file mungkin selesai download kurang dari masa sejam.. kalau tak, mungkin lambat sikit..
sebarang soalan boleh pos kat ruang komen ye.. aku akan cuba jawab.. in-sha-Allah..
Macam mana nak download running man
Bagi yang tak ada IDM lagi, ini caranya untuk download dan install IDM.
1. Pergi ke website www.internetdownloadmanager.com
2. Then, tekan download. Klik gambar untuk tumbesaran.

3. Lepas tu, tekan Download Internet Download Manager Now.
4.Dah siap download, buka fail download, dan klik fail idm.
dia akan keluar macam ni.
6. Last sekali, tekan run > next > finish. Siap.
Ini pulak cara untuk download Running Man.
1. Pergi ke website video yang korang nak download tu. Yus selalu pergi www.kshownow.net dan gunaVIDEOWEED
2. Kemudian, tekan download video from this page
3. Lastly, klik start download

Dan..
Siap ^^ Tunggu sampai video habis download. ( abaikan wallpaper tu -.-" )
Sekian, semoga berguna :)
macam mana nak kena nombor
Nombor Ekor 4D
Berbagai-bagai jenis dari Magnum, Sport TOTO dan bermacam-macam lagi pusat menjual nombor ekor ini yang boleh dibeli pada bila-bila masa sahaja. Untuk bermain permainan ini, seseorang itu haruslah memilih 4 kombinasi nombor. Mudah sahaja.

Menang
Disebabkan tiada syarat atau peraturan khas, sesuatu kombinasi nombor mungkin boleh berulang atau mempunyai digit-digit nombor yang sama ketika keputusan dikeluarkan. Untuk memenangi hadiah utama, kita haruslah membuat kalkulus matematik menganalisis cara untuk memenangi hadiah utama.

Hadiah Utama ( Bet RM1 ) = RM 3500
Jumlah kombinasi 4 nombor dari 0 hingga 9
= 10 x 10 x 10 x 10 = 10,000 kombinasi
Peluang untuk menang jika memilih satu kombinasi
= 1 / 10,000 = 0.0001 %

Untuk menang, kita haruslah mempunyai peluang yang tinggi melebihi 50% ~ 100% . Jumlah yang perlu dibelanjakan untuk menang nombor ekor.
= 50% x 10,000 kombinasi
= 5000 kombinasi x RM 1 = RM 5,000
= 50% x 10,000 kombinasi
= 5000 kombinasi x RM 1 = RM 5,000
= 100% x 10,000 kombinasi
= 10,000 kombinasi x RM 1
= RM 10,000 , teori pasti menang hadiah utama

Secara logiknya kita telah rugi RM6500 jika kita memenangi judi nombor ekor 4D ini. Islam mengharamkan judi adalah kerana tidak mahu umatnya meletakkan segalanya pada takdir tanpa usaha yang betul dan berterusan. Kesimpulannya judi memang merugikan.
Macam mana nak buat bank draf
Bagaimana buat bank draf
Assalamualaikum....
Hari ni aku nak bercerita sikit tentang pengalaman aku buat bank draf...
Mungkin bagi some people, benda ni sgt kecil, ringan or nothing,,,
tp bagi aku yg first time, memang susah gak la...siap search kat intenet lagi..
so, alang2 aku dah berpengalaman ni, apa salahnya berkongsi pengalaman sikit ngan org lain...
OK..actually sebelum buat bank draft ni, kita kena tau nak bagi kat sape, ..kat org perseorangan ke...company le...nak wat bayaran kat mana2 agensi ke sape2...
macam kes aku ni, aku nak bagi bayaran kat org perseorangan.,...dlm kes ni, bayaran deposit 10% dekat tuan umah..
Since the value is close to Rm 20k, then x kan aku nak bagi tuan rumah ni cash deposit kot,,,mau kena rompak tengah jalan x ke naya...nak cari duit banyak tu bg org mcm aku ni dah cukup perit dah...
Ok..firstly,
1) P kaunter pertanyaan di bank (kes aku ni kat Maybank) and bagitau org jaga kaunter nak wat bank draf
2) Dia akan bagi borang n kena lah isi butiran2nye...Ni maklumat yang diperlukan bagi penerima
a) Nama penuh
b) IC
c) Alamat rumah dia
d) No Telefon dia
e) pekerjaan dia.
p/s : kena pilih kod bayaran dibuat atas sebab ape...pilih je n tick..kalau x tau, tinggal je kosong, nanti pandai la org bank isi nanti..
3) dapat number lepas siap isi borang n tunggu giliran.
4)Dalam kes aku ni, aku pilih nak wat bank draf di maybank sebab duit simpanan aku ada kat Maybank...So, ape aku wat, aku isi jugak borang pengeluaran, state kan berapa banyak nak kuar...Masa number dipanggil, bagitau kat pegawai bertugas tu nak buat bank draf n keluarkan duit dari akaun simpanan...kalau nak bagi cash pun boleh gak...separuh2 pun boleh...dalam kes aku, akaun simpanan cuma ada partially, so aku bagitau siap2 kat dia total amaun nak wat bank draf... RM xx dr akaun simpanan + RM yy cash...
4) the end...
Simple je...xsusah pun..aku dikenakan charge RM5...

Sabtu, 26 Julai 2014
Macam mana nak jadi tinggi?
Tips Nak Bagi Tinggi Secara Semulajadi

Memiliki tubuh yang tinggi lampai adalah menjadi dambaan bagi setiap lelaki mahupun wanita. Faktor ketinggian juga antara penambahan keyakinan kepada diri seseorang
Menurut kajian kadar pertambahan ketinggian sesorang adalah berbeza dan perlu tahu beberapa perkara iaitu faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang dan juga aktiviti yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan kita secara semula jadi
Berikut adalah antara tips nak bagi tinggi secara semulajadi
Pastikan mendapat kadar tidur yang mencukupi
Kajian memaklumkan bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika kita berehat. Tidur yang betul dan cukup adalah benar-benar penting dalam badan yang semakin meningkat
Ia dipercayai bahawa hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita semasa gelombang bunyi yang perlahan semasa tidur
Di samping itu, mandi air panas sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur
Cukup Gizi
Pastikan mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, seng dan yodium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan
Lakukan senaman yang kerap dan aktiviti bersukan
Antara cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara semulajadi adalah fizikal yang sihat dan aktif seperti kanak-kanak
Senaman dan aktiviti sukan meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif , badan anda memerlukan nutrien yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrien dalam pertumbuhan
Berenang
Aktiviti ini adalah cara yang terbaik untuk menambah ketinggian, kerana semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh
Jika tidak pandai berenang memadai melakukan aktiviti kayuhan berbasikal
Mengamalkan diet seimbang
Ia amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada memakan makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda
Jangan mengamalkan perkara negatif dan amalkan gaya hidup sihat
Sebagai makluman mengambil dadah, alkohol dan merokok pada usia muda bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut serta menghalang dari mencapai ketinggian maksimum
Selain itu, pengambilan kafein harus dihadkan untuk memastikan mendapat tidur dengan nyenyak dan teratur
Seperkara lagi , steroid juga telah didapati menghalang pertumbuhan tulang dan boleh menjejaskan ketinggian
Macam mana nak kurus?
1. Jadikan air masak sebagai minuman utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!
2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.
3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari
4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!
5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!
6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.
7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.
8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.
9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.
10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.

Macam mana nak jadi kaya
Mesti ramai yang terfikir nak jadi kaya kan? Kalau korang pernah terfikir, apa kata ramai-ramai pakat cuba cara-cara yang kat bawah ni.
1. Kahwin dengan orang kaya/jutawan..nanti duk kat rumah goyang kaki je.
2. Simpan sekurang-kurangnya 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan dari duit gaji..jangan simpan dalam poket, simpan dekat bank. Pastikan korang ada dua bank. Satu bank untuk gaji masuk dan satu lagi untuk simpan.
3. Labur duit di Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) untuk dapat dividen. Selain ASB, pelaburan dalam emas dan hartanah juga boleh bagi keuntungan yang tinggi.

4. Minta sedekah, kalau korang tak malulah..hehe. Ada kes orang menyamar jadi peminta sedekah dan hasil yang diperolehi sampai 4k ke atas dalam masa sehari.
5. Buat kerja part time, kisahlah nak jual burger ke, baju atau pun bukak kedai makan..sekurang-kurangnya masuk jugak side income. Yang malas nak keluar rumah, apa kata cari kerja Jobdirumah.com je.
6. Masuk skim cepat kaya, labur RM100 jadi RM100 000. Jangan terpengaruh ye dengan skim macam ni. Skim yang cepat, yang shortcut dan tak payah susah payah ni, banyaknya yang menipu.

7. Masuk jadi ahli politik, gaji diorang berkali-kali ganda..tu belum kira dengan elaun lagi.
P/S : Kalau korang dah kaya jangan lupa kat aku, kita kan kawan lama :)
Macam mana nak buat blogspot?
Cara Buat Blog atau Macam mana nak buat blog? nak buat blog..? cara buat blog sebenarnya mudah je..., jum
Ini adalah tutorial asas bagaimana anda boleh memulakan blog baru dengan mengunakan platform terkenal seperti Blogger, aka Blogspot. Ingat Blogspot adalah Blogger.
Blog amat popular sekarang ni untuk kegunaan sendiri, bisness ataupun perkongsian ilmu, ia adalah perantaraan yang paling senang dicapai oleh semua orang di internet.
Last Updated : 1/1/2013

Sambil-sambil bukak lagu bagi semangat sikit, kang mengantuk nanti har har
Macam mana nak buat blog?
Langkah pertama adalah kita perlu mengenal pasti apakah Blog yang sesuai untuk kita, maknanya ia perlulah senang untuk kita dan mudah untuk dikemaskinikan pada bila-bila masa, Ingat.. pemilihan Blog juga amat penting bagi meningkatkan tarikan pengunjung datang. Dan, terdapat beberapa Blog engine di internet ini termasuk Blogger, Wordpress, Foopage, tumbr.. blurrew err.. eiiss terbelit lidah, haha, dan lain-lain. Paling femes kita pernah dengar mesti Blogspot kan? kan kan kan
Jadi apakah Blog yang sesuai untuk saya?
Carilah yang paling best dan mudah. Saya sarankan anda guna Blogspot sebagai permulaan, tetapi jika anda adalah seorang bisnessman dan ingin membuat perniagaan melalui kaedah online, saya sarankan pengunaan Wordpress.
Free dan Tak Free
Free atau tidak hanya membezakan keperluan anda, biasanya yang percuma adalah terhad untuk anda lakukan kecuali anda betul-betul pakar dalam pengunaan coding dan begitu arif untuk memanipulatekan sesuatu , yang berbayar biasanya memberikan anda lebih banyak kawalan dari segi post, penggunaan statistik, plugin dan lain-lain
Untuk masa ni, saya hanya tunjukkan jalan asas untuk membuat blog, dan kali ni kita mengunakan Blogspot.
Kenapa Blogspot?
Kelemahan
Arrrrrghhh... Jom Buat Blog!
1.) Berikut merupakan tutorial untuk layout Blogger yang baru - 2012 memandankan blogger sudah menukar layoutnya, dan tiada lagi layout yang macam dulu.
Ingat jika nak buat blogspot jangan pergi ke Blogspot.com, ramai juga yang masih baru dalam dunia blog pergi ke situ, sebenarnya Blogspot adalah Blogger jadi, Pergi ke >
2.)
Siap suda.. )
Senang je kan? Nanti dah siap boleh lah kongsikan blog link anda dibawah, *jangan spam pula he he he
Cubalah explorer nanti, mula-mula memang susah nanti lama-lama dah biasa.

Okay... Let start!

- Boleh memiliki sehingga 100 Blog sendiri secara percuma
- Boleh post artikel tanpa had!
- 1GB storage untuk memuat turun gambar
- Tiada masalah Bandwidth dan had impression
- Ada statistik , jumlah komen, kawalan spam dan dashboard
- FREE!!
Kelemahan
- Tidak boleh muatturun benda lain selain gambar dan video
- Tiada kawalan secara menyeluruh
- Plugin yang amat terhad (untuk accessory, kemudahan pembaca dan lain2)
- Layout yang terhad dan sukar untuk dibuat (kecuali melalui service luar)
- Nama blog yang agak panjang , seperti. marimarimakan.blogspot.com (kecuali membeli domain sendiri)
- Perlu menguasai coding untuk menghasilkan sesuatu yang sangat menarik seperti website professional.
Arrrrrghhh... Jom Buat Blog!
1.) Berikut merupakan tutorial untuk layout Blogger yang baru - 2012 memandankan blogger sudah menukar layoutnya, dan tiada lagi layout yang macam dulu.
Ingat jika nak buat blogspot jangan pergi ke Blogspot.com, ramai juga yang masih baru dalam dunia blog pergi ke situ, sebenarnya Blogspot adalah Blogger jadi, Pergi ke >
2.)
Siap suda.. )
Tidak kira siapapun anda, journalist, pelajar, pereka design, tukang kayu, tukang kimpal, doktor, animator atau sesiapa pun, anda bebas mengunakan blog untuk berkongsi, untuk membawa idea baru, untuk dikenali, untuk menjual dan lain-lain, kerana pengunaan blog bukan sekadar untuk diri sendiri semata ia adalah kebebesan anda. Kebebesan disini bukan bermaksud anda boleh membuat sesuka hati jika tidak kena pada tempatnya anda mungkin berdepan dengan masalah. Jadi berhati-hatilah, gunakan kesempatan ini dengan bijak.
Senang je kan? Nanti dah siap boleh lah kongsikan blog link anda dibawah, *jangan spam pula he he he
Cubalah explorer nanti, mula-mula memang susah nanti lama-lama dah biasa.
Langgan:
Catatan (Atom)